Wednesday, December 19, 2012

PROJEK TERKINI, MENAIK-TARAF SISTEM BEARING DAN BREK BELAKANG, DITUKAR KEPADA BEARING DAN BRAKE DISC MITSUBISHI ETERNA

Para pengunjung yang dihormati, 

Kami di FLYWAYS TNT AGENCY telah menemui jalan penyelesaian bagi masaalah yang sering menghantui pemilik Savvy.

SAVVY memang terkenal dengan masalah BEARING TAYAR BELAKANG, yang selalunya akan cepat rosak, jika kerap membawa muatan berat. Walaupun bearing tayar belakang SAVVY sama jenis yang diguna-pakai di kereta ISWARA, tetapi ketahanannya kurang, SEBAB...

1 - Tayar belakang selalu terkepak kedalam ( atau bahagian atas condong kedalam ) disebabkan bracket atau papan yang menjadi tapak shaft bearing, akan terbengkok kedalam disebabkan bebanan yang dibawa, pendek kata, kekuatan bracket / papan tersebut tidak dapat menampung bebanan lebihan yang disyorkan oleh pihak pembuat. ( sila lihat gambar rajah)


2 - Apabila tayar telah condong kedalam, tekanan yang dibebankan pada bearing ( galas roda ) akan jatuh pada sudut yang tak sepatutnya,  dan akan menyebabkan bearing cepat haus, dan kehausan cepat berlaku jika kita selalu membawa muatan yang berlebihan dari yang disyorkan, dan untuk info, setiap Gandar dan bearing yang di reka, ada HAD MAKSIMA yang boleh ditampung ( Sila rujuk gambar rajah 2 )


Sudut tayar 90 darjah.


Sudut tayar yang dah tercondong kedalam.


( maaf, lukisan tak cantik )



BEARING SHAFT atau SPINDLE  asal PROTON SAVVY, hanya 4 batang STUD sahaja yang ada untuk menampung 1/4 bebanan kenderaan. Dibuka dari SAVVY keluaran tahun 2008, mileage dalam 108K, kelihatan STUD tersebut dah mula berkarat...jadi jika anda bercadang untuk jadikan SAVVY anda seperti kenderaan yang membawa muatan berat..fikir2kanlah...2/4 bahagian yang terpaksa menampung muatan yang dibawa, hanyalah 8 batang STUD seperti diatas, dan tidak ada 'kolar' yang sepatutnya 'ADA', yang kukuh untuk menampung bebanan kenderaan...FIKIRKANLAH...



Jenis Bearing dari MITSUBISHI 6A12, lihat  ketebalan 'kolar' yang ada pada bahagian tepi. 


Lining untuk sistem Handbrake,


Piring berdiameter 12", hanya sesuai untuk Rim 14" keatas.

 Jadi, selepas anda membaca info ini, jangan salahkan mekanik, jika bearing yang baru ditukar hanya dapat bertahan untuk 2 - 3 bulan..bukan salah mekanik kerana tak tahu pasang.. Bearing yang ada di SAVVY, sama sahaja rekabentuk bearing dari kereta lain,sesiapa sahaja boleh memasangkannya, asalkan ada asas mekanik. Tetapi untuk SAVVY, cuma rekaannya tak sesuai  untuk pengguna yang suka membawa banyak muatan.

Untuk projek kali ini, saya akan menggunakan disc brake dari kereta jenis MITSUBISHI ETERNA, yang menggunakan BEARING dan BRAKE PAD yang sama dengan PROTON PERDANA, dan alatgantinya banyak dipasaran.

Sebarang pertanyaan lanjut sila tinggalkan diruangan komen. 

GAMBAR AKAN DI UPLOAD MENGIKUT PROGRES.. TK


GANDAR DITANGGALKAN DARI BADAN KERETA



Axle ( gandar ) belakang, sebelum proses membuat 'mounting point',



Mounting point dah disiapkan, dengan plate besi  7mm tebal, tebuk bahagian tengah supaya 'kolar' bearing dapat dimasukkan dan itulah kekuatan sebenar untuk menampung bebanan  kenderaan, 4 lubang nut tu sekadar untuk mengikat HUB BEARING sahaja, dan pastikan guna bolt yang ada GRED. 








Pemasangan dah pun siap, dan masalah bearing pun selesai.





Dengan MOD RIM SUKAN baru, 15 x 6.5jj x 8 lubang  PCD 100 x 114.3 , dengan tayar bersaiz 185 / 55R15.


Ini adalah DESIGN yang saya sediakan, jika anda ingin memasang Sistem Brake Disc belakang, boleh jadikan DESIGN ini sebagai panduan, dan segala COPY & PASTE..saya HALALkan. Cuma risikonya ( jika ada), anda tanggung sendiri.

Kos untuk MODIFIED : RM700.00  RM 500.00 pemasangan sendiri.( brake disc dari model 6A12, anda kena beli sendiri ).

Anda boleh datang bawa gandar yang asal dan set brake disc tersebut, saya akan  MODIFIED gandar tersebut, dalam tempoh 1 minggu, bila dah siap, anda boleh bawa balik dan hantar pada pomen peribadi anda.. Jika anda bercadang untuk pakai rim lebar, ketebalan plate boleh dibuat hingga 25mm, kosnya tetap sama. MAAF - tiada perkhidmatan pemasangan disediakan, sebab jadual saya penuh. Terima kasih.


Projek ini telah melalui ujian lasak, dengan muatan 5 penumpang dengan berat anggaran 270kg, muatan barang dalam 40kg, telah melalui jalan Melaka - Cameron Highland melalui Tampin - Kuala Pilah - Karak - Raub- Sg.Koyan - Pos Betau - Ringlet - Tanah Rata, dengan kelajuan berbeza, antara 60 - 190 kmj, layan korner macam RALLY CAR, alhamdulillah, tiada kegagalan yang berlaku, cuma perlu perubahan pada BRAKE CALIPER, perlu ditukar kepada jenis 'twin pot' kerana ada sedikit gangguan berlaku jika pad brake nipis. Next projek, masukkan TWIN POT BRAKE CALIPER dari jenama 'BREMBO'.......amik ko..


--------------------

PELANGGAN PERTAMA YANG MENGUBAH SISTEM BEARING / BRAKE BELAKANG.

GAMBAR AKAN DI UPLOAD MENGIKUT PROGRES...



REAR BRAKE DISC dari MITSUBISHI ETERNA 6A12 ( baru lepas cuci ),



SET RIM BARU YANG AKAN DIGUNAKAN, HANYA DESIGN NI JE YANG SESUAI, UNTUK DESIGN LAIN, YANG TINGGAL HANYA YANG LEBAR 7"..TAKUT SANGKUT..


Bearing dah 'JEM', tak boleh dikeluarkan..terpaksa gunakan puller untuk tarik keluar..



NUT pun terpaksa dipotong..benang dah habis..




Inilah rupa bearing yang dah pecah..




Menunggu masa untuk membuat 'MOUNTING POINT' yang baru..




Memperagakan RIM SUKAN yang baru...







Kerja dah selesai, spring untuk MOD kali ini, saya gunakan Coil spring dari model HONDA SM4..

TERIMA KASIH....


DESIGN TERKINI TAHUN 2014, TEMPAHAN DIBUKA TERMASUK PERKHIDMATAN PEMASANGAN ADA DISEDIAKAN.






11 comments:

  1. Cantik bro... sesuai sangat... jealousnya aku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. laLaalalalalLaLAAlallllaaa....ermm...

      Delete
  2. kos nyer bape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa datang barang sendiri ( rear disc brake dari model 6A12 ), upah modified + pasang hanya RM700.00 ( free gift Brake PAD baru )...ada berani.....

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. salam Tuan, Berani tu berani tp ketanyer tggu mase nk tuko timing belt dulu(Barang ade dlm tgn Tuan boleh pasangkan x nnti saya byr upahnyer).Pasal bab tayr ni..185 55 14 ade susah nk cr baru tp kalau 185 60 14 byk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, apa barangnya yang nak dipasang..pasal saiz tayar tu, memang ada dimalaysia, cuma kena rajin cari siapa yang ada stock..

      Delete
  4. brapa total kos termasuk barang..xpandai la nak carik barang2 nih..

    ReplyDelete
  5. SALAM SEJAHTERA... SY X GUNA SAVVYTP GUNA BLM.... TP MASALAH BREK TU MCM SAMA JER.... BUNYI2... BREK MAKAN, BEARING CPT ROSAK.... BLM NI GUNAA RANGKA SAVVY KER.... KALO BETUL MASALAHNYE SAMA... CAR NAK SELESAIKAN PON SAMA JGK KER DGN KETE SAVVY...

    ReplyDelete
  6. Yup, savvy dan blm, mempunyai masalah yang sama. Kini kami telah menggunakan parts baru, dan boleh buat tempahan untuk pemasangan . boleh hubungi kami melalui whatsapp: 017-2257944

    ReplyDelete
  7. slmt tahun baru...
    sy nak tanye psl kete saga blm yg tayar terkepak ala2 "negative chamber"... boleh ker kite bg tegak balik tayar belakang tu.... sbb dier guna axle kan... hrp dpt beri pencerahan

    ReplyDelete