SUDUT INFOMASI - harus baca

RUANGAN SUDUT INFOMASI INI DISEDIAKAN BERTUJUAN SUPAYA KITA DAPAT MEMAHAMI ASAS KEPADA FUNGSI YANG TERDAPAT PADA KENDERAAN YANG KITA PANDU. RUANGAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA, BILA SAYA ADA KELAPANGAN, DAN DIHARAPKAN SUPAYA PARA PEMBACA DAPAT MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS, DAN MAAF JIKA ADA KEKURANGAN PADA INFOMASI YANG TERDAPAT DIDALAM RUANGAN INI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA .


ASAS 'AIR FUEL RATIO'

Apa itu LAMDA ( exhaust sensor / O2 sensor ), dan perbezaan antara 'NARROW dan WIDE BAND O2 sensor'.

NARROW LAMBDA SENSOR



WIDE BAND LAMBDA SENSOR

Salah satu aspek yang paling penting didalam sistem pembakaran motor, adalah nisbah campuran udara dan bahan api yang masuk didalam silinder. Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, jumlah campuran bahan bakar dan udara mestilah tepat, supaya engine kenderaan sentiasa mendapat kuasa pecutan yang sempurna dan penggunaan bahan bakar ( petrol ) yang menjimatkan.

Jika campuran udara yang masuk kedalam ruang silinder lebih dari bahan bakar, ini akan menyebabkan pembakaran yang besar dan suhu pembakaran akan menjadi sangat panas ( engine akan menjadi panas atau berbahang ), dan akan menyebabkan pembaziran dari segi penggunaan bahan bakar, dan jika campuran bahan bakar yang masuk kedalam ruang silinder lebih dari udara, akan menyebabkan pembakaran menjadi sejuk dan pembakaran yang 'agak lembab', menyebabkan engine kenderaan kehilangan kuasa. 

Ini bermakna , kedua-dua situasi campuran yang dimaksudkan seperti diatas, adalah tidak sesuai jika kita ingin mendapatkan daya pecutan atau kuasa engine yang sempurna dan juga akan menjimatkan dari segi penggunaan bahan bakar.

Apakah maksud LAMBDA ?

LAMBDA bermaksud SKALA yang berkaitan dengan udara yang bercampur dengan bahan api, digunapakai untuk semua jenis bahan api ( PETROL / DIESEL / NGV ). Campuran nisbah 1.0 ( STOIC ) untuk setiap campuran udara dan bahan api ( nisbah kimia sempurna untuk pembakaran yang lengkap ). Walau bagaimanapun, "STOIC' akan berbeza mengikut jenis bahan bakar yang digunakan.

Dimanakah letaknya LAMBDA SENSOR ?


EXTRACTOR DAN DOWNPIPE


LAMBDA SENSOR / O2 SENSOR / EXHAUST SENSOR , di pasang pada pipe ekzos, biasanya terletak pada extractor untuk LAMBDA SENSOR 1 wire, atau downpipe sebelum catalic. Walau  bagaimanapun, untuk kenderaan yang menggunakan protocol OBD2, diwajibkan untuk menggunakan 2 atau lebih ( LAMBDA SENSOR 3 atau 4 wire ), dan akan di pasang di downpipe ( UP-STREAM ) dan selepas CATALIC ( DOWN-STERAM ), seperti yang digunapakai pada kereta SAVVY.

NARROW BAND vs WIDE BAND LAMBDA SENSOR.

NARROW BAND LAMBDA SENSOR hanya akan membuat bacaan berdasarkan tiga perkara, iaitu - RICH, STOIC DAN LEAN. Sensor ini hanya akan membuat bacaan apabila suhu engine telah mencapai pada satu tahap yang telah ditentukan ( close loop mode ), dan sebelum DATA dari sensor ini diterima oleh ECU, engine akan membuat campuran pembakaran berdasarkan rekod pemetaan yang ada didalam ECU.

Apabila engine telah melepasi 'closed loop mode', bacaan campuran udara dan bahan api akan di ambilalih oleh LAMBDA SENSOR, sama-ada campuran pembakaran RICH, STOIC atau LEAN. Data ini sangat penting, kerana ECU akan mengawal / membetulkan campuran pembakaran berdasarkan maklumat yang diterima dari SENSOR tersebut. 

Walau bagaimanapun. sensor jenis ini adalah asas, kerana tiada detail terperinci untuk bacaan RICH atau LEAN, dan banyak di gunapakai pada kenderaan yang berada diatas jalanraya dan mungkin kerana factor kos yang rendah dan berbeza pula dengan sensor dari jenis WIDE BAND.

WIDE BAND LAMBDA SENSOR lebih canggih daripada NARROW BAND LAMBDA SENSOR, dan boleh di percayai untuk di gunapakai sebagai alat untuk penalaan. Sensor WIDE BAND bukan sahaja cepat bertindak untuk membuat bacaan, tetapi bacaan yang di hantar kepada ECU adalah tepat dan amat sesuai untuk peminat yang suka ubahsuai engine.





BERSAMBUNG.....
----------------------------------------

TIP PEMASANGAN TIMING BELT DENGAN BETUL...UNTUK SAVVY












Saya cuma bagi gambar rajah, turutan angka yang mana perlu dibuka dahulu, dan anda boleh cuba D.I.Y...tetapi risiko ( jika ada ), anda tanggung sendiri. 

------------------------------

PERALATAN YANG MEMUDAHKAN KERJA-KERJA BENGKEL, TETAPI MENYUSAHKAN ORANG LAIN.












Gambar diatas, tidak membawa makna apa-apa bagi yang tidak mengalaminya. Sebenarnya, inilah hasil dari penggunaan 'AIR  IMPACT WRENCH'  a.k.a AIR GUN atau kalau tak kenal, yang bunyinya macam machinegun tu, jika sipengguna tu tak tahu, apa itu 'TORQ', dan tak tahu cara mana untuk SETTING kekuatan 'TORQ', dan tahunya nak cepat2 dan main pakai tibai je...nilah hasil kerjanya.......akan menyusahkan orang lain di kemudian hari, sebabnya, benang bolt akan rosak, dan bila kita nak buka semula untuk buat pembaikan, nat yang duduk dalam chasis atau lantai, akan berpusing, dan.....bukalah bolt tu selama 7 hari 7 malam sekali pun..tetap tak keluar dari nat-nya...melainkan terpaksa potong lantai kereta, untuk mendapatkan nat yang tersorok didalamnya..secara tak langsung akan mencacatkan kereta pelanggan...hampeh betul...

Itu-lah alasan saya, kenapa saya menggunakan cara manual, tanpa bantuan peralatan yang menggunakan kuasa 'ANGIN' dari mesin....

Berapa ketat pun bolt dan nat yang nak dibuka, saya hanya menggunakan angin dari perut...ataupun keluarkan angin dari tuttttt... 
---------------------------------

Mengenali nama part pada engine anda.

Ini adalah INTAKE MANIFOLD
Tugasnya adalah untuk menyalurkan campuran petrol dan udara untuk masuk kedalam kebuk pembakaran.

Yang panjang atas itu adalah FUEL RAIL, tugasnya adalah untuk menyalurkan petrol bertekanan tinggi yang  telah dipam oleh fuel pump dari tangki petrol, dan petrol bertekanan tinggi tersebut akan disalurkan kepada injector ( 4 biji sebaris ), untuk dipancit kedalam kebuk pembakaran. Injector savvy adalah dari jenis magnetic, hanya akan membuat semburan apabila mendapat bekalan kuasa dari bateri / alternator, dan akan di 'pulse' kan atau di groundingkan oleh ECU, dengan cara mengikut giliran, iaitu injector 1- 4 dan 2 -3 akan membuat semburan serentak secara bergilir2, dan berapa lama 'pulse' atau semburan itu berlaku, bergantung kepada keperluan kuasa engine. FUEL RAIL dan INJECTOR, letaknya dibawah INTAKE MANIFOLD.


FUEL FILTER / PENAPIS PETROL.
Tugasnya adalah untuk menapis kekotoran yang terdapat didalam tangki atau petrol itu sendiri, dan letaknya di hose / pipeline dari tangki petrol ke fuel rail. Untuk SAVVY, tempatnya disebelah kanan tangki petrol, dan boleh dilihat dari tayar belakang sebelah kanan. Perlu ditukar pada setiap 20,000 km, kerana dikhuatiri kandungan wap air dan habuk yang terdapat didalam tangki, akan menyebabkan injector tersumbat.

Kalau tak faham, sila buat pertanyaan. tk


13 comments:

  1. masih tuuuunnnnnngguuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, otak masih penat lagi...huhuhu

      Delete
  2. berape rega sensor2 tuan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk harga member, sila SMS dan nyatakan no kenderaan sekali, nanti kami reply beserta dengan harganya seakali. tk

      Delete
  3. Replies
    1. Yang penting, kita rajin membaca, dan kita kongsikan bersama....tk

      Delete
  4. Wahhh cepat nye upload info...tqvm...info yg berguna utk pengguna savvy macam saya...terbaik!!

    ReplyDelete
  5. saya pengguna savvy manual. skng ada masalah keta cam ilang power tiap kali gambar ptak dlm ada cam vertical zig zag tu. apa sebenarnyer yea masalah tu..apa patut tuko/ repair?

    ReplyDelete
  6. enjin ape yg sesuai untuk ditukar kan kepada savvy ??

    ReplyDelete
  7. Salam tuan nk Tanya bgmn Cara nk bawa turun gearbox manual semasa tukar clutch,saya tgh diy keta savvy saya tapi gearbox tak boleh nk tarik ketepi atau pun nk bawa keluar utk tukar clutch,minta bantuan Dr pihak tuan terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Savvy sy timing belt putus. Buka head tengok hampir semua valve bengkok. Lubang selinder no 4 bertakung air dan berkarat. Selnder wall no 4 juga bercalar dan jika diraba calar2 tersebut boleh tersangkut kuku. Apa yg menyebabkan takung air dan bercalar. Apa perlu sy buat tuan pendita PA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada keadaan engine tuan, mungkin penggunaan minyak engine yang kurang sesuai yang menjadi penyebab, atau pun mileage dah melepasi 2++K km...
      Ada beberapa cara penyelesaian, dan tuan boleh minta advise dari mekanik tuan. Tk

      Delete
  9. Halo, terima kasih dgn apa yg encik jelaskan ttg lambda sensor diatas. Apakah jenis lambda sensor yg dipakai di kereta Saga FLX? Saya sudah tukar Catalytic converter ke straight pipe, adakah ini buat sensor rosak dgn cepat? Macam mana tahu ia sudah rosak? Tk!

    ReplyDelete